RUMAH SOLAR JKE

1.0 Sinopsis
Projek Hijau Model Rumah Solar ini merupakan idea dari sekumpulan pelajar dari jabatan kejuruteraan elektrik Politeknik Mersing (PMJ) yang ingin meneroka idea dalam tenaga hijau. Penghasilan projek ini dapat memberi gambaran yang jelas terhadap kaedah penggunaan tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy) untuk kegunaan harian seperti lampu, kipas, televisyen dan lain-lain, serta projek ini dijadikan alat bantu mengajar yang paling berkesan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi beberapa kursus yang ditawarkan dalam program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET).

1.2 Objektif
- Menghasilkan projek inovasi yang berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui dengan menggunakan model rumah solar.
- Menjana tenaga elektrik secara percuma untuk kegunaan harian.
- Menggunakan model rumah solar sebagai alat bantu mengajar sebagai elemen tenaga boleh diperbaharui bagi beberapa kursus dalam program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET).
- Memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai pemanasan global dan kepentingan menjaga alam sekitar dengan menggunakan sumber tenaga asli.

SOLAR1

SOLAR2

 

DI HASILKAN  OLEH :

Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET5B)

Politeknik Mersing, Johor (PMJ)

 

MUHAMAD HILMI BIN NORISHAM

MUHAMMAD AZRI BIN MAT LANI

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD FAIZAL

MUHAMMAD SAIFUDIN BIN SUKRI

 

Penyelia Projek :  Mr. Murugan  Krishnan

 

***Jika ada mana-mana pihak atau individu yang ingin melihat Rumah Solar ini amat dialu-alukan.