Jabatan Matematik, Sains & Komputer

Pengenalan

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah sebuah jabatan sokongan akademik yang bertanggungjawab dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semua Kursus Kod B iaitu Kursus Matematik dan Matematik Diskrit.

Fungsi utama jabatan ini adalah untuk membekalkan tenaga pensyarah akademik bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kursus Kod B dan juga menjalankan tugas sokongan akademik (pentadbiran).

Jabatan ini ditubuhkan pada 2009 dan kini hanya terdiri daripada dua orang staf akademik yang mengajar kursus Matematik untuk pelajar Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK).