Jabatan Perdagangan

Pengenalan

Jabatan Perdagangan (JP) telah diwujudkan di Politeknik Mersing pada tahun 2010 seiring dengan permintaan yang tinggi dalam pelbagai sektor di Malaysia. Setakat ini, Jabatan Perdagangan di Politeknik Mersing Johor hanya menawarkan satu program sahaja iaitu Diploma Sains Kesetiausahaan.  Seramai lapan orang tenaga pengajar di jabatan ini yang terlatih, berpengalaman dan pakar di dalam bidang masing-masing diberi tanggungjawab melahirkan tenaga mahir separa profesional yang berkemahiran tinggi dan berwibawa.  Pengajian diploma dijalankan selama 6 semester (3 tahun) dan termasuk 1 semester latihan industri. Pelajar perlu mengikuti latihan tersebut selama 6 bulan di mana-mana syarikat atau jabatan kerajaan untuk mendapatkan pengalaman. 

Secara umum semua pelajar perdagangan akan diberi pengetahuan asas dalam bidang asas perakaunan, keusahawanan, prinsip ekonomi, aplikasi komputer dan statistik.  Kemudian mereka akan didedahkan dengan pengetahuan dan latihan khusus mengikut bidang masing-masing seperti program Diploma Sains Kesetiausahaan melatih pelajar dalam bidang trengkas, menaip, pengurusan pejabat, pengurusan rekod dan pembentukan personaliti. Pelajar juga akan dilatih cara-cara menggunakan kemahiran teknologi maklumat terkini di dalam bidang-bidang yang mereka pilih.

 Objektif

  • Melahirkan graduan yang mempunyai kecekapan dalam tugas-tugas kesetiausahaan.
  • Melahirkan graduan yang boleh berkomunikasi dengan berkesan.
  • Melahirkan graduan yang mempunyai personaliti yang menarik, beretika serta mempunyai tingkah laku yang professional.

Program Yang Ditawarkan

Jabatan ini menawarkan program:
- Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)
- Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)