Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE) merupakan salah satu daripada Jabatan Induk di Politeknik Mersing Johor (PMJ) yang memulakan operasinya pada bulan April 2014 dengan menerima staf seramai 18 orang . JKE di tempatkan di blok C Kampus Induk PMJ. JKE menerima kemasukan pelajar sulungnya seramai 97 orang pada bulan Jun 2014 yang mengikuti Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET).

JKE merupakan Jabatan yang merangkumi Sains, Teknologi, Elektrik & Elektronik. Objektif utama Jabatan ini ditubuhkan ialah untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional untuk keperluan tenaga kerja bagi sektor awam dan swasta di Malaysia.

Penubuhan JKE selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja separa profesional yang berkualiti tinggi bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta khususnya dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dalam merealisasikan misi dan visi negara menuju wawasan 2020.

Program yang ditawarkan

1) Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)
2) Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE)