Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Pengenalan

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) adalah merupakan salah satu daripada Jabatan Induk di Politeknik Mersing, yang memulakan operasi pentadbirannya secara rasmi di Kampus Sementara, Politeknik Johor Bahru pada Oktober 2008. JTMK membuka lembaran sejarah dengan menerima kemasukan pelajar sulungnya pada tanggal 12 Januari 2009, iaitu seramai 14 orang pelajar telah mendaftar bagi mengikuti Program Diploma Teknologi Makumat (Rangkaian).

JTMK mempunyai matlamat yang tersendiri iaitu bagi melahirkan tenaga kerja yang terlatih, efisien dan berkemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat. Buat masa ini, JTMK hanya menawarkan satu (1) kursus iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian). Kursus ini menyediakan latihan praktikal dan pengetahuan kepada pelajar dalam bidang teknologi maklumat secara umumnya dan rangkaian secara khususnya, seterusnya memenuhi keperluan negara dalam membekalkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan industri awam mahupun swasta.  

Objektif

1. Melengkapkan graduan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal dan insaniah bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan cabaran dan kemajuan teknologi baru;

2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan graduan yang bersikap professionalisme dan beretika kerja dalam memenuhi tanggungjawab; dan

3. Mewujudkan graduan yang memiliki sikap yang positif terhadap keusahawanan, kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi secara efektif dan berterusan yang akan menyumbang kepada pembangunan perindustrian ICT negara. 

Program Yang Ditawarkan

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
Diploma Teknologi Maklumat (Keselamatan)

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
Diploma Teknologi Digital